Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9.500 tahun, dan pada masa ini kucing paling popular di dunia. Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular.Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak penjagaan dari pemiliknya.Kucing hanya harus teratur diberi makan. Kucing juga memerlukankan tempat berlindung.
1. Persian cat
Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Pesian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.
Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia ( Iran ). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali di England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua.
Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman